PENGENALAN

Adventure Leadership & Outdoor Recreation Academy (AURORA) merupakan unit di bawah Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah ditubuhkan pada tahun 2020. Akademi ini menyediakan lokasi serta kemudahan untuk melakukan aktiviti rekreasi iaitu di UPSI Adventure Park untuk menjalankan latihan berstruktur, kursus profesional, pusat pengkalan data, menjalankan kajian, penerbitan, perundingan serta menjadi pusat rujukan dalam bidang rekreasi di peringkat kebangsaan. Penubuhan ini merupakan satu inisiatif Pusat Kokurikulum bagi mengembangkan lagi aktiviti pengkomersialan berkaitan bidang pendidikan rekreasi bagi menjana pendapatan universiti melalui penawaran kursus-kursus profesional jangka pendek.